Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 8

Hari minggu, hari cuti. Ramainya orang dalam Shopping Mall ni. Biasanya dia hanya melepak litar lumba tengok kereta GT atau motor GP membuat latihan. Hidayu lebih cenderung minatnya pada bidang permotoran walaupun dia menuju kerjaya sebagai seorang chef.
.
Sedang Yasmin sibuk memilih barang, manakala Hidayu membawa troli. Hidayu yang keboringan membelek² kotak² biskut pelbagai jenama. Adalah 2 3 kotak yang diambilnya. Tapi nanti dikaunter, bukan dibelinya pun. Malah diletakkan dikaunter tidak dibayar. Memang itulah kerjanya. Menyusahkan cashier, dengan tujuan suka mempermainkan. Hidayu, Hidayu.
.
Krashhh...krashhh...
.
Bunyi kotak-kotak biskut terjatuh. Seorang wanita lingkunan 50-an usianya, bersebelah dengan longgokan kotak biskut tadi. Wajahnya kelihatan cemas sambil tangannya mengutip kotak biskut untuk diletak semula ke rak.
.
"Err..cik, takpe takpe biar saya angkat." Hidayu menolongnya mengangkat kotak biskut ke rak.
.
"Eh, takpe takpe. Buat susah awak." senyum hambar wanita itu.
.
"Takpe takpe.." Hidayu masih bertegas untuk menolong.
.
"Mama, are u ok ? Siapa yang langgar mama ?" suara garau lelaki tiba² muncul.
.
Hidayu masih tunduk mengutip kotak.
.
"Hai, buat salah tu minta maaf la. Jenis apa manusia macam ni. Dah salah tu minta maaf je la." terus sahaja suara itu menuduh Hidayu yang sedang sibuk menolong.
.
Panas telinga Hidayu. Haihhh, menuduh pulak. Bentak hatinya. Wanita tadi mahu mengatakan sesuatu pada anak lelakinya itu, namun Hidayu pantas melawan.
.
"Eh, jagalah sikit mulut tu jangan main tuduh je ! Insuranskan sikitlah." Hidayu menindung jarinya tepat ke arah wajah lelaki tadi.
.
Tiba²,
.
"Cik Yusri ?"
.
"Hidayu ?"
.
Masing² memandang antara mata. Terkejut, terkedu, terjeda.
.
"Haa, mama nak bagitau tadi. Dialah yang tolong mama tadi sebab mama terjatuhkan kotak biskut ni. Kenapa Yus terus tuduh dia ? Selalulah Yus buat mama malu macam ni. Malunya mama." Puan Noor menekup mukanya.
.
"Dik, maaflah ya anak acik ni memang selalu macam ni."
.
Masih terjeda antara mereka.
.
"Dik ?" tiada jawapan dari Hidayu.
.
"Yusri ?" tiada juga jawapan dari Yusri.
.
"Hai !" Puan Noor menggegarkan bahu mereka.
.
"Eh ?" masing² terkejut. Kemudian keduanya menundukkan wajah. Malu. Ada organ dalaman yang bergetar.
.
"Ya Allah, korang ni dah jatuh cinta ke ? Dari mata turun ke hati ?" Puan Noor mula menyakat kedua mereka.
.
"Maaa...." malu Yusri sambil membuat wajah konon² jual mahal.
.
"Ai, apahal ni ?" Yasmin yang tadinya sibuk di seksyen lain, baru tersedar ada insiden di bahagian makanan ringan.
.
"Takde apalah." Hidayu membalas acuh tidak acuh. Dia juga merasakan getaran seketika tadi. Entah getaran apa.
.
"Eh, Puan Noor !" Yasmin bersalaman dengan Puan Noor.
.
"Laa...kawan adik ni ke kamu ni Yasmin ? Saya tak kenal dia. Mujurlah kalau macam tu. Ha, takpe. Macam ni, lepas settle shopping ni, ikut kami ke restoran sebelah tasik tu boleh ?  Adalah rezeki sikit, saya belanja awak berdua." Puan Noor mempelawa mereka.
.
Aduhh, kena berdepan lagi dengan dia ni. Macam mana nak telan kalau dia ni ada depan. Berdebar tak habis kot. Eh, debaran apakah ini ? Takkanlah pintu hati aku terbuka balik ? Ahhh, tidakk ! Jerit hatinya.
.
Mereka selesaikan borak setakat itu untuk selesaikan lagi hal membeli-belah barangan Yasmin. Namun, ada mata yang nakal masih menjenguk pemergian dua orang gadis tadi. Ada yang sudah pandai menguis-nguis hatinya yang kian lama tidak disentuh.
.
Alahai, ayunya si tukang penguis hati.
.
..............
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^