Thursday, February 12, 2015

#AiLevYu : 9

Rancaknya Puan Noor dan Yasmin berbual. Isteri rektor ni memang bersahaja. Sekali tengok, macam makcik-makcik cleaner yang baru dapat pakai cecantik nak pergi KL sebab nak shopping. Hidayu dan Yusri ? Melepet ditepi mereka, duduk berdepan. Senyap sunyi. Nak menyampuk, tak kenal. Nak borak sendiri, takut potong line sound pulak. Aiseh, takleh jadi ni. Makanan dah habis, air dah habis. Tinggal buih mulut tak kering. Tu yang lama tu.
.
"Err, Puan Noor, Yasmin, saya ke toilet kejap ye ?" pinta Hidayu.
.
Sebenarnya bukan mahu ke tandas pun. Saja mahu melepaskan diri dari kerimasan perbualan kakak² makcik² tu. Dan, sengaja mahu lari dari memandang dan dipandang oleh jejaka berlesung pipit di depannya.
.
Puan Noor dan Yasmin mengangguk.
.
Seminit dua minit, Yusri juga tak betah di situ. Aih, mama ni berborak ke membuang masa ni ? Getus hati Yusri.
.
"Ma, Yus ambil angin kejap." pinta pula Yusri.
.
"Ok, but dont be late eh ? And jangan jauh²" pesan Puan Noor.
.
Aik, anak emak rupanya lelaki gagah ni. Hahaha. Geli hati Yasmin.
.
.
Sedang Yusri berjalan mengambil angin di tepi tasik berdekatan dengan restoren, kelihatan seorang gadis sedang leka dengan selfonnya.
.
"Ehem.." saja Yusri berdehem.
.
Terkejut Hidayu sambil mengurut dadanya kerana kaget. Dia melihat kepada pemilik deheman tadi.
.
"Main COC ?" Yusri bertanya setelah dirinya tidak dipandang lagi.
.
"Level berapa ?" Yusri bertanya lagi.
.
"Kenapa awak datang ni ? Awak cari saya eh ?" Soal Hidayu tidak lagi menjawab pertanyaan Yusri.
.
"Eh, perasannya ! Saya malas la nak ganggu mama saya dengan kawan awak tu berborak. Dah macam meja makan sendiri dah diorang buat tu." Yusri berleter.
.
"Biasalah perempuan" Hidayu menyokong.
.
"Awak kata pergi tandas tadi ?" soal Yusri pula.
.
"Hmm, tak pun. Saya pun macam awak la ni lari dari meja makan buat² mama awak dengan kawan saya tu."
.
"Oh, boleh saya tumpang duduk ?" pinta Yusri.
.
Aishhh dia ni. Tapi kesian juga biar berdiri je. Bagilah. Mana ? Atas peha ? Hailaaa... bisik hati Hidayu.
.
"Kerusi ni memang muat untuk 2 orang. Tapi sorang lagi hanya dibolehkan untuk sejantina dan suami, dan juga mak atau ayah. Terima kasih. Awak nak duduk, boleh. 2 pilihan. Samada duduk rumput, atau duduk kerusi sebelah sana." Rasa macam berdas-das tembakan meluru ke arah Yusri.
.
Hidayu meneruskan permainan aplikasi Clash Of Clan.
.
Yusri kemudian pergi begitu sahaja. Entah ke mana. Hidayu memandangnya dengan jelingan sinis.
.
"Padan muka. Macam tak reti pulak yang kita ni perempuan, bukan mahram." dia mengomel sendiri.
.
Tak lama kemudian, Yusri pantas membentangkan surat khabar lantas duduk di atas rumput, bersebelahan kerusi di mana Hidayu duduk, sambil menghadap tasik.
.
"Ahhh, segar dan nyamannya." Yusri mendepakan tangannya sambil menarik nafas. Kemudian terus sahaja badannya dibaringkan ke atas surat khabar.
.
Hidayu semakin kehairanan. Berkerut-kerut dahinya.
.
"Ah, cik Hidayu. And for your information, I am Yusri. Then Yusri will never give up. Saya terima pilihan pertama awak." matanya menjeling Hidayu. Mulutnya tersenyum manis, sinis dan sais. Sais apa sais ? Saissskoo !
.
Ya Allah, apalah dalam kepala otak lelaki ni ! Selamatkanlah aku dari pandangannya. Selamatkanlah aku dari tergoda dengan kekacakan lesung pipitnya yang macam Hami Asraff tu. Sebu hati Hidayu.
.
Hidayu menutup aplikasi permainan COC. Dia membetulkan duduknya, jubahnya. Agar tidak melayang dek angin, sekali boleh terselak menampakkan auratnya. Eh, malunya !
.
"Kenapa awak diam ?" Yusri bersuara selepas Hidayu diam tidak berkata apa-apa. Dia telah menjauh sedikit. Mahu ke kerusi sebelah, sudah ada keluarga duduk berpiknik. Mahu pergi, ke mana lagi ? Adui.
.
"Eh ? Saya lupa nak cakap kat awak tadi, cantik awak pakai jubah harini. Rasa macam tak kenal pun ada. Kalaulah bukan awak...hmmm..." Yusri tidak meneruskan kata-katanya. Senyuman Yusri jadi misteri.
.
Hidayu menjadi malu. Terus wajahnya berubah kemerahan. Orang kulit tak cukup pigmen, camtulah. Tapi, senyuman Yusri tu menjadi tanda tanya buat dirinya. Apakah yang sedang difikirkan ?
.
"Kalau bukan saya, kenapa ?" Hidayu tetiba bersuara.
.
Yusri terus memandang Hidayu dengan senyuman. Hidayu yang tadi memandang Yusri terus beralih wajahnya memandang tasik. Dibuat-buat mimik kemarahan. Sedangkan jantungnya berdegup laju.
.
"Kalau bukan cik Hidayu, dah lama saya suruh mama saya masuk meminang. Hmm, lama juga membujang ni." Muncul lagi senyuman nakal Yusri.
.
Gulp ! Telan air liurlah Hidayu. Itu rupanya misteri di sebalik senyuman. Jadi Yusri taknak aku la kan maksudnya ? Eh, apa aku fikir ni ? No no no, stop thinking about man. Jerk man. Oh yes, man is jerk. Hidayu sudah tidak betah lagi duduk di situ. Dia mahu bangun namun kalau dia bangun, nampak sangatlah yang dia terlalu tergoda dengan topik si jantan mulut manis ni.
.
.......................
#ailevyu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^