Friday, December 11, 2015

Tinta Mereput

Hari demi hari, aku jalani hariku seperti hari biasa. Cuma hati yang sedang berperang perasaan. Memikirkan perihal cinta, manakah lebih utama.

Aku bukanlah bidadari syurga yang mahu diidamkan orang. Kecantikan paras rupa yang Allah kurniakan, bagiku adalah kecantikan pada paras fizikal. Atau mungkin dengan kata lain, semua orang yang Allah ciptakan adalah cantik. Jadi jika kecantikan yang kamu cari, ia tidak ada di wajahku. Aku juga bakal reput saat akhir usia.

Aku juga tidak alim dalam mendalami ilmu. Tidak cerdik pintar seperti sahabatku yang lain. Aku hanya duduk belajar, memohon nasihat dan pandangan guru. Belajarku hanya untuk mengetahui sesuatu. Lillahi Taala. Bagiku jika berjaya, itu syukur. Jika tidak, aku menganggap semuanya punya hikmah.

Aku seorang peramah. Dengan semua orang aku bisa memanggil dengan selesa. Cuma, di dalam selfonku, whatsappku, perbualan antara ajnabi tanpa atas kepentingan, aku jarang dekatinya. Bukan tidak pernah, tetapi biasanya aku tidak suka meleret panjang. Takutnya ada hati yang menyimpan rasa, tetapi tidak dibalas oleh yang sebelah. Kecewa, siapa susah ? Hehe.

Aku tidak pandai memasak. Jika disuruh memasak tomyam, kari, gulai, dan apa² sahaja, pasti aku lekas merujuk resepi internet. Dan biasanya mencuba dari internet, ianya gagal melainkan mencuba dari resepi umi. Aku suka memasak, tetapi masakanku biasanya dicampak², ikut suka. Dan biasanya menjadi. Hehe.

Aku suka berniaga, tetapi semangatku mudah luntur. Dan payah sekali ingin bangkit dari perniagaan yang sama. Aku suka jual beli yang akhirnya menguntungkan walaupun sedikit. Dan biasanya aku kerugian. Bukan disebabkan jualan tidak laku atau menjual dengan harga murah, tetapi sehabis sahaja aku mendapat wang perniagaan, aku akan membeli keinginanku. Hehehe.

Aku sukakan pizza. Piza itu bulat, tapi saat dimakan ia menjadi tiga segi. Unikkan tu. Seharusnya setiap bulan, aku akan membelinya samada memakan sorang atau berajak dengan sahabat.

Kamu itu, andainya kamu benar mahu menjadikan aku teman kamarmu, berfikirlah seribu sejuta kali sebelum kamu melamar aku meskipun bukan dengan cara yang terhormat. Kerna aku juga perempuan, hatinya itu rapuh, jiwanya itu lembut. Manakan sudah dihiasi taman, kemudian diracun. Meski tidak ada seorang pun yang bisa menikahi aku, aku tidak apa. Hidupku masih punya ibubapa, keluarga, dan juga Allah. Aku hidup juga kerana Dia. Bukan kerana kamu. Jadi apa alasan aku untuk terus jatuh saat dikecewa. Ya, aku harus kuat. Benar, cinta hakiki itu bukan pada manusia, tetapi pada yang mencipta manusia.

Akhir kalam,
Cintakanlah saat hatimu benar² memerlukan.

Boleh Senyum Sikit :)

Assalamualaikum

Nak cerita, hari Khamis 10 Dis.

Hari boleh senyum. Aku kalau boleh nak tersenyum banyak, tapi sebab fikir tak boleh berharap tinggi-tinggi, so senyum sikit.

Apa yang senyumnya tu ?

Hahahahaha.

Aku nak cerita pun jadi malu.

Harini baru nampak dia. Masa beli nasi. Bila nampak je dia, terus jadi debor apa tah aku ni. Nak beli nasi pun jadi tak ingat nak amek lauk apa. Biasanya mata aku ni melilau je tengok budak-budak makan, tapi harini terus tunduk je tengok lauk. Tengok je lauk, tapi macam dalam lauk tu ada muka dia. Hahahaha.

Tapi, aku cuma pelik satu benda je.

Kenapa hati ni lain macam ? Tak macam biasa. Biasanya kalau nampak dia, takdelah debor camni. Selalu nampak dia, selamber je cakap "Abe ambo, abe ambo.." dengan nada gurau.

Haih, melalut jauh jugak aku ni. Masuk kelas pun, asyik nak tersenyum je. Aku sendiri pelik. Hahaha. Buka facebook, terus pin up status dia kat timeline. Apa dia tulis ?

Beauty beauty beautiful Thursday.

Aku punya menyeringai dah macam apa. Dia ni memang nak buat aku perasan ke amende ? Haha.

Istighfar banyak kali. Minta janganlah dilalaikan benda yang lagha.

Kawan kata, semoga berjodoh dengan dia.

Bagi aku, dia tu orang baik, orang alim, orang ada ilmu agama cukup, kira pangkat boleh dipanggil sheikh sebab pernah belajar kat negara arab. Pulak, mesti ramai yang meminati dia. Rupa ada, ilmu ada. Nak dibandingkan dengan aku, datang kelas pun kadang-kadang selebet. Baju kadang-kadang singkat. Tudung pun lipat macam orang tua. Tu cerita pasal rupa. Cerita pasal ilmu, aku mana ada ilmu. Pulak, selalu bangun lambat. Selalu solat lewat. Mengaji malas. Main je cepat. Mana ada chemistry.

So, aku tak berharap. Lagipun, luka-luka sebelum ni dah pernah ada, macam mana boleh aku cepat menerima orang lain sedang luka lama masih berdarah ?

Luka masih berdarah bukan bermaksud masih mengharap orang dulu, tapi masih berdarah sebab perbuatannya. Entah la.

Sekarang target hidup aku, hidup ikut apa yang ditentukan.

Yeah, just follow the flow.

Cuma,
Aku masih tersenyum untuk hari itu. :)

Wednesday, December 9, 2015

Untuk Awak.

Assalamualaikum.

Kepada awak, yang saya kasihi saya sayangi saya cintai.

Tulisan ini saya nukil untuk awak.

Maybe sikit berunsur romance, mungkin sentimental sikit. Tapi saya nak awak tahu, apa yang saya tulis, adalah dari kata hati saya. Bermakna saya mengatakan yang hakikat dan kalaulah diisytihar sebagai ikhlas, mungkin ya.

Kini,

Saya bertarung dengan kehidupan yang mencabar. Kehidupan yang umpamanya berada di penghujung. Saya gagal, saya pernah cuba bangun dan saya gagal lagi. Saya juga adalah seorang yang lemah dalam mengharungi cabaran hidup. Kehidupan saya penuh dengan kecelaruan, kurang semangat, dan kadang-kala ego dengan Tuhan.

Awak,
Haneefah Manor..

Dari saat saya temu mata dengan awak, saya kenal awak dan kita menjadi sesuatu yang istimewa, saya tak pernah luputkan apa² ingatan saya pasal awak. Orang kata awak sombong. Orang kata awak ego. Tapi dengan saya, cuma dengan saya, saya nampak awak senyum awak marah awak ketawa, awak pura² bahagia, awak sedih, awak marah bila panas, awak kurus, awak gemok, saya dah lalui semua tu dengan awak.

Saya sayang awak sebagai sesuatu yang istimewa.

Kakak.

Saya panggil awak kakak sebab awak panggil saya adik. Saya kekok. Tak pernah orang panggil saya satu gelaran yang menggelikan hati saya. Tapi pada awak, ianya sesuatu yang biasa sebab awak bergaul dengan junior awak pun awak gelar mereka dengan panggilan adik. Saya nak sebut "kakak" pun saya rasa malu sangat. Saya rasa hati saya berdebar bila saya panggil awak kakak. Bagi saya, ianya seuatu yang sangat istimewa.

Bila kita start panggil kakak adik, awak tahu, saya cukup cemburu bila awak panggil orang lain adik. Saya panggil kakak satu-satunya untuk awak, macam mana awak boleh melakukan panggilan yang saya anggap istimewa tu pada orang lain ?

Dulu, bila saya tanya awak sayang saya, awak kata ya. Sekarang, bila saya tanya awak sayang saya, awk kata tak. Tapi kalau saya sedih, awaklah selalu yang kuatkan semangat saya. Kalau nak tidur malam, awak selalu pesan selamat tidur, esok bangun awal. Kalau awak sempat, awak call saya. Kalau awak takde kerja, awak mesej saya.

Bila saya kata, tinggallah saya kalau awak nak. Awak kata awak malas dah nak cakap apa. Awak cakap macam tu sebab awak tahu saya sedih. Awak taknak cakap pasal awak sebenarnya memang nak kerja dekat dengan keluarga awak. Awak taknak saya sedih. Tapi bila awak kata hal tu, awak sebenarnya nak saya kata "Janganlah gi kakak, please. Teman adik kejap je lagi kat sini. Please."

Awak tahu,

Kalau saya cakap yang sedih-sedih, saya suruh awak pergi. Saya cakap saya ok apa semua tu. Tapi sebenarnya hati saya tak. Awak tahu tu kan.

Awak,

Saya tak kuat hadap hidup sorang-sorang. Awak mesti ingat lagi, saya pernah berharap Tuhan jodohkan kita dalam ajal maut yang sama. Saya tak pernah lupakan hajat tu. Awak tahu kan apa maksudnya kalau saya berharap dan berhajat macam tu. Awak tak suka saya cakap macam tu. Tapi, saya maksudkannya sungguh-sungguh.

Kakak,
Adik jatuh bangun, kakak saksi. Just, I love you.
Just you.

Ini Aku.

Assalamualaikum

Sekali lagi nak cakap, lamanya tak posting kan. Ada orang baca ke tak ke, aku tau aku sorang je yang baca. Haha.

Macam ni lah. Aku cuma nak buat blog ni as my diary. Bukan tiap hari, tapi aku rasa nak share amende-amende yang aku rasa aku nak share dalam kehidupan seharian aku. Apa yang aku hadapi dan apa yang aku rasa.

Well, semenjak umur aku 23 tahun ni. Banyak benda berubah dalam hidup. Terutama sekali rasa nak berdikari dan taknak lagi ditipu oleh sang durjana. Kahkahkah. Aku tau aku tak baik, tapi aku try nak manfaatkan hidup aku ni dengan benda yang manfaat, benda baik dan benda yang Allah terima. Bukan nak tunjuk islamik atau nak tunjuk alim ke, tidak. Tapi, entah lah.

Kalau kau rasa kau sedar yang umur kau meningkat. Then, kau sedar selama ni kau banyak dosa. But then ko malas nak berusaha cari pahala tambah or else. Ko hanya mampu untuk buat yang wajib yang fardhu. Ko rasa benda tu bukan satu usaha jugak ke ?

Aku tak boleh nak cakap banyak pasal ni. Sebab ni melibatkan kepercayaan kita kepada Allah juga.

Aku study agama, bidang agama, so orang expect orang belajar agama ni lebih tahu pasal hal-hal akidah dari orang  biasa.

Tapi, think about it.

Just, thinking.

Aku, semenjak umur aku form 6. Semenjak aku kenal mamat tu. Aku mula kenal kehidupan bertuhan. Ini jujur. Kalau korang(yang bacalah..) aku ni poyo dan cakap besar je, ikut suka la. Tapi, hakikatnya ya. Bukan aku tak kenal Tuhan aku siapa. Ya, Tuhan aku Allah aku tahu tu. Semua orang tahu. Tapi adakah semua orang hidup bertuhan ?

Aku tak faham bila orang putus cinta, semua menangis merintih. Macam mati anak. Bila ahli keluarga mati, merintih menangis juga. Macamlah si mati tu perlu hidup selama-lamanya. Korang nampak tak kat situ macam mana orang boleh kata kenal Tuhannya, tapi tak rasa dia hidup bertuhan. Kenapa ? Sebab, yang menjadikan sesuatu perkara itu Tuhan yang buat. Baik buruk sesuatu di dunia itu Tuhan yang buat. Aku faham, setiap yang berlaku punya hikmah.

Setiap yang berlaku punya hikmah.

Malanglah setara mana pun, kau tahu malang kau itu memang tiada apa-apa hikmah ? Kau tahu ? Kalau kau tahu, bermakna kau boleh menentukan kehidupan kau sendiri. Is it ? Sekarang kau faham maksud aku kan.

Jadi,

From now on, aku dah set dalam diri aku. Just follow the flow. What flow ? Biarlah Allah yang tentukan. Tak berusaha ke ? Habis kau ingat aku ni duduk atas dunia baring terbongkang je ? Aku ni Allah jadikan cuma ada otak takde akal ? Apa kau ingat aku ni Tuhan cipta ada hati takde perasaan ? Tawakal, percaya. Apa yang kita janji, tak semestinya tertunai. Ada yang termungkiri. Tapi kita ada janji yang mesti ditunaikan. Mesti. Wajib.

Janji kepada Allah.
Hidup bertuhan.
Percaya Dia. Buat sehabis baik. Walaupun malas. Walaupun kadang terselit dosa. Just, just do it.

Akhir kalam,
Ini aku.