Friday, December 11, 2015

Tinta Mereput

Hari demi hari, aku jalani hariku seperti hari biasa. Cuma hati yang sedang berperang perasaan. Memikirkan perihal cinta, manakah lebih utama.

Aku bukanlah bidadari syurga yang mahu diidamkan orang. Kecantikan paras rupa yang Allah kurniakan, bagiku adalah kecantikan pada paras fizikal. Atau mungkin dengan kata lain, semua orang yang Allah ciptakan adalah cantik. Jadi jika kecantikan yang kamu cari, ia tidak ada di wajahku. Aku juga bakal reput saat akhir usia.

Aku juga tidak alim dalam mendalami ilmu. Tidak cerdik pintar seperti sahabatku yang lain. Aku hanya duduk belajar, memohon nasihat dan pandangan guru. Belajarku hanya untuk mengetahui sesuatu. Lillahi Taala. Bagiku jika berjaya, itu syukur. Jika tidak, aku menganggap semuanya punya hikmah.

Aku seorang peramah. Dengan semua orang aku bisa memanggil dengan selesa. Cuma, di dalam selfonku, whatsappku, perbualan antara ajnabi tanpa atas kepentingan, aku jarang dekatinya. Bukan tidak pernah, tetapi biasanya aku tidak suka meleret panjang. Takutnya ada hati yang menyimpan rasa, tetapi tidak dibalas oleh yang sebelah. Kecewa, siapa susah ? Hehe.

Aku tidak pandai memasak. Jika disuruh memasak tomyam, kari, gulai, dan apa² sahaja, pasti aku lekas merujuk resepi internet. Dan biasanya mencuba dari internet, ianya gagal melainkan mencuba dari resepi umi. Aku suka memasak, tetapi masakanku biasanya dicampak², ikut suka. Dan biasanya menjadi. Hehe.

Aku suka berniaga, tetapi semangatku mudah luntur. Dan payah sekali ingin bangkit dari perniagaan yang sama. Aku suka jual beli yang akhirnya menguntungkan walaupun sedikit. Dan biasanya aku kerugian. Bukan disebabkan jualan tidak laku atau menjual dengan harga murah, tetapi sehabis sahaja aku mendapat wang perniagaan, aku akan membeli keinginanku. Hehehe.

Aku sukakan pizza. Piza itu bulat, tapi saat dimakan ia menjadi tiga segi. Unikkan tu. Seharusnya setiap bulan, aku akan membelinya samada memakan sorang atau berajak dengan sahabat.

Kamu itu, andainya kamu benar mahu menjadikan aku teman kamarmu, berfikirlah seribu sejuta kali sebelum kamu melamar aku meskipun bukan dengan cara yang terhormat. Kerna aku juga perempuan, hatinya itu rapuh, jiwanya itu lembut. Manakan sudah dihiasi taman, kemudian diracun. Meski tidak ada seorang pun yang bisa menikahi aku, aku tidak apa. Hidupku masih punya ibubapa, keluarga, dan juga Allah. Aku hidup juga kerana Dia. Bukan kerana kamu. Jadi apa alasan aku untuk terus jatuh saat dikecewa. Ya, aku harus kuat. Benar, cinta hakiki itu bukan pada manusia, tetapi pada yang mencipta manusia.

Akhir kalam,
Cintakanlah saat hatimu benar² memerlukan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^