Sunday, January 31, 2016

Cubit, Terasa sakit.

Assalamualaikum

Alhamdulillah, walaupun agak berminggu aku tak buat posting, tapi aku okey. Maksud aku, "I'am OKAY !" sambil senyum dan buat piss.

Minggu lepas lepasnya lagi, seorang dari 'kawan' aku menikah. Yes, his my 'friend'. Dan sebetulnya, dia adalah orang yang paling aku tak boleh nak lupa. Alhamdulillah menikah dah dia. Aku ok.

Tapi, bila duduk sorang, tengok balik gambar² kakak dia post--aku fren dengan kak dia--aku jadi sedih. Sebak sangat kat dalam hati ni. Padahal aku dah kata, aku ok. Kenapa masih lagi rasa sedih. Aku redha dah semuanya. Few days jugaklah aku nak ubat sebak hati ni. Calm down dengan istighfar banyak². Kakak lah banyak tolong.

Kakak kata, aku banyak tinggalkan solat sunat, solat pun malas², baca quran pun kejap baca kejap tak. Sebab tu lah aku banyak menangis dengan benda macam ni. Kakak kata, kalau dah redha, kenapa nak menangis lagi. Aku faham kakak tak faham lagi apa yang aku rasa. Tapi betul gak apa kata kakak, aku menangis tanpa sebab ni pun mungkin disebabkan benda² yang Allah suruh aku buat, aku malas² nak buat. So, Allah pun malas gak kot nak bagi aku the happiness. Huhu. Adoi, berdosa sangat bila kakak cakap macam tu.

Hari lepas² tu, aku abaikan dia dan ceritanya. Kalau nampak pun, aku cakap dalam hati, aku ok. Bahagialah dengan pilihannya.

Dan untuk 'kawan' aku yang lain yang pernah kata nak bahagia dengan aku tapi ambil jalan dengan orang lain, aku tetap ok. Janganlah kisahkan aku ni. Aku ok. Kita tetap kawan. Aku tak ganggu rumahtangga korang eh. Aku pun tak fikir dah pasal nak berumahtangga buat masa sekarang.

Memang terasa mimpi bila dengan kau dah kahwin, tapi bila aku cubit sikit, sakit weh. Pandang kiri kanan, tak mimpi. Betul² punya. Nak buat apa dah, doakan jelah kebahagiaan kau dan mempelai. Semoga sampai ke syurga. Jangan lukakan hatinya seperti mana aku pernah terluka. Jangan ye.

Last but not least,
Aku cuma nak cakap, aku ok. Betul² ok. 🙌