Friday, February 5, 2016

Bekpek : Melaka With Geng (Epilog)

Assalamualaikum

Pekabo (bukan peek-a-boo ek) ?
Harap² bebaik lah semuanya.

Harini, aku nak cerita sikit. Pasal journey trip aku for the first time-nya dengan kawan² yang super sporting. Mende ni kitorang tak plan betul² pun sebenarnya. Idea asal daripada kawan lain yang kononnya nak buat trip batch sem kitorang gi Melaka. Aku memang benda² alah yang terlibat dengan tanzim pelaksana ni  aku malas. Nak tau dan nak terlibat. So aku buat donno dan memang aku taknak pergi pun. Tapi lama tu dengar cerita tak jadi. So terbengkalai macam tu jelah.

Entah ye, beberapa hari lepas tu kawan aku ni-Tiqah namanya-isteri rois, bagitau yang dia nak buat trip pi Melaka. Aku macam, eh jadi pulak ke ? Dia kata, nak gi sek² kito jah. Aku pun on jelah. Aku on je tu pun sebenarnya niat memain je. Tak serius langsung beb ! Kumpul lagi beberapa orang yang masuk sekepala untuk join trip. Trip lelaki perempuan. Apapun, sebagai pelajar belajar bidang agama, kitorang pun tau batasya.

So plan punya plan, buat grup wassap, bincang² dalam tu, bawak meeting luar. Fuhh, baru aku terasa hangat keseriusan diorang ni. Plan yang on the spot, tanpa tanzim, kerjasama dari setiap orang. Setiap orang kena gerak dengan keikhlasan tolong menolong. Aku tak pernah rasa aku ada kawan² yang supersporting macam diorang ni lagi² yang lelaki sebab aku tak berapa rapat sangat dengan lelaki.

Awal sangat plan kitorang. Sebulan lebih jugak. Lepas konfem tarikh dan tempat, terus masing² usaha tempat penginapan dll. Aku backup bahagian accom dekat CH. CH ? Kata Melaka ? Mu sabajap. Hehe. Kitorang memang nak gi Melaka, dari Melaka, gi CH pulak. Terbaik kan ? Hihi.

Meskipun kitorang punya planning ni ada je gangguan dan dugaan, kitorang tetap bersatu hati teguh. Ewahhh ayattt ! Kitorang terpaksa buat dengan senyap² sebabnya ada je orang nak mengata nak memfitnah. Apalah yang diorang dapat kan ? Padahal trip macam ni patutnya diorang tak payah ganggu. Nak kata nak cegah maksiat, tunjuklah bukti kemaksiatan apa yang kitorang dah buat. Jangan main sedap tuduh je. Cinabeng betullah. Huhu. Tapi, kitorang dah maafkan dah apa yang orang buat kat kitorang dan plan kitorang. Doa sokmo agar dipermudahkan urusan.

Alhamdulillah, today 5th Feb 2016 kitorang telah berada dalam ontheway to the Melakaaaaa ! Yahuuu. Haha. Tunggu lepasni aku cerita pasal trip kitorang gi Melaka eh. Mu sabajap.

😁

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^