Saturday, February 6, 2016

Bekpek : Melaka With Geng (Hari 1)

Assalamualaikum

Pekabo ?

Janji nak cerita pasal trip melaka kan ? Ok harini aku cerita untuk hari pertama.

Malam sebelum

Kak Tini, antara geng kitorang tak dapat pergi sebab cik abe dia nak meminang dia. Dan dan la pulak nak meminang masa kitorang nak gi trip ni. Huhu. Tapi takpelah, semoga bahagia akhirnya. So bila kak tini tak dapat pergi, asalnya nak memasak untuk sarapan dan makanan tengahari kat rumah dia, tak jadi lah. Aku pun cadang masak je kat umah aku memandangkan umah aku dengan kak tini pun sebelah menyebelah je kan. Jadi semua gegel pakat berkumpul masak kat umah aku. Jimat punya pasal, tidor pun pukul 3 lebih kut. Kikiki.

6.30 pagi

Siap² bertolak. Berkumpul kat Caltex Melor. Menunggu sampai pukul 8 pagi, satu ujian gak la. Ujian kesabaran menghadapi sahabat² yang berjaya menguji sahabatnya. Kena tipu ! Hahahahaha. Bongok betullah. Sep lelaki la kata dah sampai lama dah, tapi kitorang yang datang 1st. Rasa nak tepuk dahi berkali-kali. Sambil menunggu, sambil menyelpi. Hihihi.

11.00 pagi

Memang dalam perjalanan, mula² bini yang bawak. Last² suami pulak yang bawak. Kikiki. Camtulah cerita atas kereta yang aku naik. Kitorang berhenti kat Tol Ajil, makan sarapan jap. Sempat lagi menyelpui. Kikiki. Ok then, kitorang teruskan journey trip kitorang yang overdose meriahnya.

Banyak kali jugaklah terpaksa berhenti untuk meluahkan kepedihan menahan pundi kencing sep² ni. Kahkahkah.

2.30 petang

Selepas berhenti solat jamak kat Tol Gambang, kitorang cadang nak lunch kat situ je. Tapi takde tempat duduk, so kitorang decide je berhenti kat restoren tepi jalan, sambil dapat minum teh o beng. Eh salah, teh o ais. Kikiki. Kat luai kelantammm kan kiteerrr.. Hahahaha.

Sampailah kat R&R Paloh Hinai. Disebabkan aku ni tak pernah tau Paloh Hinai tu kat mana, so jangan tanya aku. Maybe kat area Pahang bersempadankan N9.

8.30 malam

Sepanjang perjalanan, memang kitorang berhenti untuk melepaskan rasa kepedihan menahan pundi kencing. Huhu. Yang tu pun tak payah taulah ye. Lepas isyak barulah sampai Ayer Keroh, homestay kitorang. Alhamdulillah selesa sangat. Berbaloilah. Nama homestay, HOMESTAY JAFMANURIN. 3 bilik, semua ada ekon dan ada dapur masak, petiais, mesin basuh. Terbaik.

10.00 malam

Janji kul 9 kan, tapi biasalah pergi pun suka² so memang lambat tu biasalah. Hihi. Lagipun hujan melaka haritu. Kakak--tuan homestay--cakap baru je hujan. Kitorang bawak hujan gi Melaka. Hihihi. Mungkinlah. Bawak rahmat orang kata. Sebab kakak tu kata, melaka lama sangat dah tak hujan. Alhamdulillah. Malam tu kitorang keluar sebab nak makan. Shahir cadang makan asam pedas. Nama kedai, Asam Pedas Power Abang Piee. Mak aihhhh, pedas bakhangggg ! Semua sekali rm190, seyekkkk ! Mujurlah makan ramai², jadilah seorang rm11.20. Makan sebab lapar je. Kalau tak lapar, takdenya nak habis kepedasan tu. Huhuhu.

Then kitorang balik, dan tidur. Esoknya, esoklah aku cerita pulak. Gambar, akan aku upload time aku bukak web kat laptop.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^