Saturday, February 6, 2016

Bekpek : Melaka With Geng (Hari 2)

Assalamualaikum

Pekabo ?

Ok, ni post pasal hari kedua trip aku dan kawan² kat Melaka.

8.30 pagi

Pagi² dah keluar dah. Gi sarapan kat kedai, Restoren Ida Murni. Dekat je dengan tempat homestay kitorang. Ok la, ada mee goreng, ada nasi lauk, ada roti canai. Buat alas perut. Then, kitorang gi Melaka Wonderland. Tiket masuk untuk dewasa RM37.90. Kalau ada kad Pacific ke, Aeon ke, Affin Bank ke, The Store ke, korang boleh dapat diskaun.

Ok, cerita bab masuk MW ni, memang eksaited semua. Tapi tempat mandi diorang, gelongsor apa, tak banyak. Best tu ok la, aku bagi 3 bintang. Nak lawan Sunway ngan A'famosa, tipis. Lols !

Insiden yang paling lawak sampai aku gelak kuat, masa aku, Aini dan Kakcik nak main gelongsor yang meniarap tu. Yang kelakornyee, kitorang dah turun sekali, tapi boleh pulak Kakcik tersekat tak naik masa gelongsor nak ke atas. Yang si Aini pulak, dia tersangkut tak boleh tak turut. Hahahahaha. Yang ni memang kelakorrrr ! Inilah sejarah kengkawan yang tak mungkin aku lupakan. Hahahahahahaha.

Habis mandi, ada pulak insiden kat kawan sorang ni. Kesnya ialah, terlupa bawak barang² yang sepatutnya. Risau dia tahap boleh melayang-layang. Aku tengok sumorang risau, aku try turunkan tekanan darah dia. Alhamdulillah kitorang akhirnya decide balik rumah dulu. Bagi jaminan yang lepas siap dan solat terus keluar rumah. Ok semuanya beres. Untuk kawan² lelaki aku yang baca ni, aku nak ucapkan terimas bebanyak sebab still paham masalah orang pompuan. Huhuhu.

3.00 petang

Kitorang terus berhajat untuk tengok cinema. Sebenarnya kalau ikut plan nak tengok malam je. Sebab petang tu dah cerah tak hujan. Tapi sebab diorang kata malam nak makan ikan bakar. Ikut je la yob. Haha. Kitorang pun terus menerus ke Bandar Hilir. Ya Rabbi....rasa stress sangat nak cari parking. Pusing Bandar Hilir je dah berejam. Masuk dalam parking hall kat Daratan Pahlawan Mall pun berejam jugak.

Dekat pukul 5 lebih, baru settle. Nak cari pulak cinema, tingkat atas pulak. Berjalan dalam keadaan lapar. Paham² la keketarannya. Kaki diorang semua dah macam skru tercabut. Sebelum masuk cinema kitorang melantak kepsi dulu. Mujur ada kepsi. Kalau tak mesti dah berkrukk-krukk duk dalam hall.

Lepas tengok cinema, kitorang terus decide nak makan ikan bakar. So, tempat pilihan kitorang kat Medan Ikan Bakar Teluk Ketapang. Dekat sikit dengan Sekolah Henry Gurney. Alaa, sekolah budak jahat tu. Kohkohkoh. Masa nak pergi tu, keluar dari parking Dataran Pahlawan, memanglah sesak. Sampaikan tak jumpa geng. Last² kitorang ikut gps. Dan ingatnya kereta si Syami tu dah sekali dengan Alza. Sekali masih lagi jauh kat belakang kitorang. Masa ni memang dah macam nak perang. Hahahaha. Ko paham² je la. So kitorang tunggu je la diorang tu. Dan akhirnya sampai jugak kat kedai ikan bakar tu. Dengan muka ketat jugaklah sebab diorang dah sampai dulu lama. Air pun dah nak habis dah. Cis betul. Tapi, lepas dapat makan, semua jadi happy. Boleh la nak kata, makanan ni adalah sumber kebahagiaan. Hahahahaha.

Ok, lepas makan. Ada yang decide nak gi balik Bandar Hilir. Ada yang nak balik rumah. Aku ikut gi Bandar Hilir la sebab nak tengok gak suasana malam dia. Sampai je sana, takde apa sangat. Cuma beca dengan uptown. Sebab dah malam sangat dah. Aku pun mula la rasa, baik aku balik tidurrr. Haha. Ali, Tikah, Kakpah, Kakcik naik la beca tu. Aku malas la. Mahal la RM25 satu round. Lagipun dah pernah naik kan. So tak heran sangat. Cumanya, butiful je la sebab malam baru nampak liplap² lampu.

Balik je, terus siap² nak tidur. Tak larat tokkk. Kaki kejang dari pagi sampai malam tak berhenti berdiri berjalan.

Ok, selamat malam. Esok sambung pulak keh.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^