Thursday, May 26, 2016

Bekpek : Melaka With Geng (Hari 3)

Assalamualaikum

Bapak lama la aku tak teruskan cerita pasal trip bekpek aku dan kawan² kan. Ok aku try teruskan. Huhuhu.

Ahad
7Feb2016

Pepagi lagi kitorang dah menggosok baju mengemas dan nak check-out dari Jafmanurin Homestay tu. Hajatnya memang nak pergi pagi² lagi. Orang pompuan ni kalau dia dah ready, memang dia naik hantu la takleh sabar tunggu orang lelaki yang TAK BANGUN lagi hokeh ! Yelah, dah janji nak bangun awal, keluar awal supaya tak jem jalan nak pergi Bandar Hilir tu. So, disebabkan diorang lambat lagi nak siap, aku la yang bagi idea jahat. Pergi naik kereta senyap², pergi Mydin. Memang homestay kitorang dekat dengan Mydin, bandar baru Ayer Keroh.

10.00 am

Aku rasa lewat lagi kot kitorang keluar. Hahaha. Sebabnya cuaca pagi tu mendung dan gerimis. So, lepas serah kunci apa semua, kitorang bergerak terus ke Bandar Hilir.

Tak sampai lagi Bandar Hilir dah jam panjang. Duduk dalam kereta je dekat dua abad ! Hehehe. Tidok la sampai 2 abad, ada la dalam 2 jam. Keboringan melanda. Dan sesi sentap menyentap pun berlaku. Yang paling aku ingat ini ayat yang selalu dimainkan masa tu.

"Tula..suruh keluar awal kan. Kitorang semua dah siap, lelaki je lambat la apa la." Hahahaha.

Dengan cuaca yang panas dan keboringan tu, akhirnya kitorang sampai depan Menara Taming Sari. Kitorang yang naik kereta dengan si Ali ni turun dulu. Amek turn beli tiket. Aiii aku tak ingat la berapa ringgit tiket. Rasa dalam RM20. Tapi kalau ada IC dalam RM15 je kot. JERRR ?? Kahkahkah ! Berbaloi la dengan beratorr panjang nak naik. Naik kat atas pusing² tu 5 minit je kot. Aku rasa baik naik Menara kat Kedah tu. RM10 naik la nak lama mana. Siap boleh amek angin lagi. Tapi takpe la, aku sebagai rakyat Malaysia 1 MALAYSIA ni, menghargai la dengan kebanggaan orang Melaka ni. True with my heart. Gitewww.

Lepas Menara Taming Sari, turun tu dapat la rembat satu cermin mata Rayban gred AAA clone ori acah². Kalau la aku tau aku akan beli, baik aku beli kat WCY haritu RM10 je. Sini RM25 bai. Mintak kurang, dapat sengih je. Huhu. Mujur sengih kak kaunter tu, baik hati aku nak hulur keping² not merah. Huhu.

Then lepas MTS, kitorang berjalan la kaki lalu kat taman² ada kapal jet perang zaman dulu tu. Ada train sekali. Keretapi zaman dulu. Seiingat aku dulu, keretapi tu boleh naik dan jalan. Eh, ke mimpi je. Hahaha. Kerja kitorang masa tu selfie je la. Snap² gambor. Maap la lain kali aku edit aku letak gambor pulak.

Jalan² sambil tengok beca yang sungguh advance sekarang ni, tengok kereta kuda, akhirnya sampailah kitorang kat depan Kota A'Famosa, kota kebanggaan dan warisan orang Melaka. Sejarah A'Famosa ni asalnya orang Portugis yang wujudkan. Zaman selepas kewujudan kerajaan Melayu Melaka si Parameswara tu. Aku bab sejarah memang cetek ilmu sikit, tapi seronok kalau jumpa artifak camni depan mata. Membuatkan aku minat dengan sejarah. Sejarah dalam buku je la yang membuatkan aku tidur. Heee.

So, masa proses nak naik tu tetiba hujan turun. Agak lebat. Kitorang terus masuk kat Pahlawan Mall yang duk kat sebelah A'Famosa tu. Sambil tunggu hujan reda, kat pintu masuk tu ada kedai Sangkaya. Hui, SANGKAYA ni memang popular la bagi orang² luar. Bagi orang Kelate, mungkin tak. Tau sebab apa ? Sebab aiskrim yang sangkaya buat ni, sama je dengan aiskrim Baba yang jual kat tepi² jalan tu. Cuma rasa SANGKAYA ni sedap sikit la sebab memang dia buat 100% pure kelapa. Dia bagi free kat cawan² kecik tu, aku rasalah. Sebab tu bleh dapat tau tu. Tidak gak, memang sampai sekarang aku tak merasa. Hehe. So, berbaloi dengan harga dia la yang mahal tu dengan rasa dia yang sedap. Tak tipu, ni betul. Heee..

Habis je hujan reda, kitorang pun naik la atas tu. Uiii penat jugak. Dah la sekarang ni musim gemok, lagi la penat. Sampai je atas, ada abang jual air betul² tepi tangga atas sekali. Pandai betul abang ni niaga. Haha. Tapi aku ni selalu bernasib baik. Tak bawak duit syiling, abang tu pun takde duit syiling nak bagi. Last² abang tu kata, takpe la. Halal. Hehehe. Air aku murah la 30sendari orang lain. Lepas beli air isotonik tu, terus cergas. So melawat² la kawasan. Haaa, part yang ada duit syiling banyak kat dalam perigi cetek petak tu, aku tak ingat siapa tanya, tapi dia tanya aku "Kalu masuk duit dale nih, lepahtu wak la permintaan. Kan ?"

Aku terus bidas.

"Ui, syirik ! Dari letak duit campak duit, baik kita amek je duit dalam tu. Dapat beli air lagi satu."

Kikikiki. Faedah apa campak duit ? Tapi, begitulah agama lain. Kita hormat je la. Hehe. Tapi kalau kawan seagama ko nak percaya, haa bidas la macam tu terus. Bukan apa, takut tak bidas nanti dia ikut percaya. Huhuhu.

Ok lepas je lawat kawasan dan amek² gambar, kitorang pun turun. Itupun setelah kelamaan tunggu diorang buat keychain. Aku, Wani dengan Tikah je turun. Penat. Turun dulu lepak bawah lagi best. Kat bawah pulak kitorang buat sesi photoshoot sendiri. Hahaha.

Habis² je semua tu, kitorang pun beransur meninggalkan Melaka. Singgah solat kejap kat Masjid tepi jalan. Lawa memang lawa, tapi tempat wuduk dan tempat solat, terbuka. Mungkin, penerapan tentang agama masih kurang kat bandar. Semoga ada peningkatan. Aurat bukan benda siang² je ye. Selepas solat, terus meluru terus ke rumah aku. Sampai masuk salah simpang, sambil sentap menyentap pulak. Heee.

Dan akhirnya sampai jugak.

Umi siap dah hidang nasi apa semua. Jimat la duit belanja makan malam. Makan ikan sweetsour tuuu. Untung². Habis borak², yang lelaki bertolak menginap kat rumah homestay. Yang perempuan menginap kat rumah aku je. Aku tidor luar. Diorang tak mandi tak apa pakat tidur. Huhu. Letih sangat nampaknya.

Ok habislah cerita hari ketiga aku bekpek trip. Sambung hari 4 lak di lain post.

Maassalamah Wa Ilalliqa'

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana prihatin ye ^^