Monday, June 20, 2016

Bekpek : Melaka With Geng (Hari 4&5)

Assalamualaikum

Ok kita sambung balik cerita bekpek trip aku dengan kengkawan aku pada hari 4.

Isnin 8Feb2016

Pagi aku dan geng di Selangor. Pagi² lagi dah bangun, siap² nak bertolak awal ke Janda Baik rumah si Ali roisah a.k.a sarjen trip kitorang ni. Bajet dalam pukul 8 pagi nak bertolak. Tapi ada bebudak ni yang lambat siap lambat bangun lambat segala atok nenek la, jadi umi pun apalagi memasak la kat dapur tu mihun. Masak dengan ayah giteww. Baik je habis masak, bebudak ni sampai. Kenapa aku panggil budak laki bebudak ? Sebab diorang ni memang macam budak, banyak kerenah. Dah la yang sebijik kereta bujang tu pergi KL tak roger pape langsung kat kitorang. Tau² pukul 2 pagi baru sampai. Mujur sangatlah waktu diorang sampai tu, geng yang dah sampai sesama tadi duk congok gi tengok bola. Haaa, sebab tengok ke bola dan sampai lambat la diorang berpagiaaaaannn sangat bangun paginya. Subuhnya pun subuh dinasor dah. Aku ni membebel kat sini pulak. Hahaha. Pekdah pekdah.

Ok sambung, lepas makan apa semua. Kitorang beransur la bertolak ke Janda Baik. Aku sedih la baru sehari kot duk rumah nak pergi dah. Takpe umi ayah ku, nanti anakanda mu akan pulang jua ke pangkal jalan. Muehehehe. Drama jap.

Perjalanan dari rumah aku ke Janda Baik tak lama pun dalam 2 jam lamsam gitu la. Molek Zohor sampai rumah Ali. Nak dijadikan cerita, masa lepas tol Gombak tu, jem gile babun. Masa tu siapa yang tak guna tacENgo memang la akan beratur panjang. Kereta sarjen ni pakai tacENgo, so memang tak sangkut sangat la. Aku sebenarnya sejujurnya kesian kat geng yang lain. Aku tau si sarjen dengan cip kitorang ni eksaited nak gi jumpa mak diorang. Tapi, meninggalkan orang asing kat negeri asing bagi diorang adalah satu kesilapan sebenarnya. Walaupun kita dah bagi lokasi dan arah, tapi tetap orang asing tidak asing dengan keasingan. Ko paham² je la. So, dekat Genting Sempah kitorang tunggu yang lain siap gi kencing lagi. Tapi tak sampai² jugak. Rupanya diorang sesat gi terus masuk Bentong. Lama jugak la nak tunggu diorang datang u-turn. Siap membeli buah berangan lagi. Redha je la. Inilah ujian bagi orang yang bekpek. Sesat² ni benda biasa. Ecewah !

So sampai je rumah sarjen, aku eksaited tengok kolam ikan yang besorrr dinasor. Tak, sebenarnya si cip yang eksaited tunjuk kat aku. Aku pun eksaited sebab banyak gileeerrrr ikan. Nak berangan jadi Bawang Putih Bawang Merah nyanyi ikan kaloi, tapi malu kokram je. Gerammm makk nak mancing je hoi !

Kitorang rest² sekejap. Aku solat terus jamak qasar. Biar sedap sikit duduk. Bebudak ni dah menyantap dah waktu aku tertidur kat bilik adik si sarjen ni. Sempat la kenal² dengan adik ipar cip. Banyak aku bagi nasihat kat dia pasal hal² kedewasaan ini. Ceh, poyo gitu. Yelah, siapa la tak kenal aku ni, pakar motivasi on the go orang kata. Tauliah je takde. Hahahaha. Selesai bebudak menyantap, diorang kejut aku suruh makan. Hmm, ok la lapar jugak. Ingatkan makan nasi, sekali tengok bihun sup utagha hat kalar kuning tu. Dengan laksa penang. Weh, mak hang macam tau² jaaa aku suka bihun dengan laksa ni weh sarjennn ! Teghima kasih la nohhh, aku tambah siap 2 kali. Nak pi round ketiga, aku teringat laksa pulak. Aku makan laksa la pulak. Kenyang jangan habaq la. Hahaha. Aku ingat semuanya dah makan, sebab tu aku makan tak hengngatt tu, sekali datang sorang duorang nak join makan sekali. Ceittt, terbantut aku nak tambah kali ke4. Terus aku undur diri sebab rasa bersalah makan banyak sangat. Aku ingat kalau tak habis, aku nak minta bungkus. Hahaha. Over beteiii !

So semua dah solat apa semua. Sebelum bertolak sebelum asar tu, aku sempat la tinjau² kawasan dekat dengan rumah dia tu. Dekat sangat dengan air sungai. Dapat la celup kaki kat situ. Eksaited, tapi takleh nak mandi la. Sebabnya nak mandi camne, baju takde. Yang ada couple, boleh la beli aiskrim, share. Aku dengan yang single ni terus² move on gi tempat lain. Dan tetiba 2 orang mamat ni ikut kitorang. Yang sorang tu aku tau dia memang suka mengekori aku. Aku berasa tidak selesa, tapi aku cuba buat² tak tahu. Hahahahaha. Ayattt.

Kitorang bertolak ikut highway balik gi Tapah. Bagi aku la kan, jauh sangat. Kalaulah diorang ni ikut jalan dalam, hmm mesti dah sampai awal. Tapi sebab takut sesat lagi, so ikut je la jalan luar. Aku dah keboringan dah duduk kat kereta ni.

Pukul 10 malam baru sampai Cameron. Kitorang menginap dekat Homestay Dahlia, Kg Taman Sedia. Kampung orang melayu. Majoriti melayu. Sedap mata memandang la nampak makcik² pakcik² kat sini semua melayu kan. Lepas check in, kitorang lapar dan so on, mandi² apa semua, keluar cari makan. Semua acah² badmood. Sebab ngantuk vs lapar, siapa yang tak moody. Tapi aku je sorang chill. Choii ! Hahahaha. Sebab aku single masa tu, so aku tak moody. Yang moody ni yang ada pasangan. Ahahahaha. Agak² kalau aku ada pasangan masa tu, moody jugak tak ? Aku harap taklah. Lantak pi la dia nak buat apa. Huhuhu. Lagipun malam tu dia tak ikut kitorang keluar cari makan. Eh jap, DIA ??? Kahkahkahkahkah ! Ok dah, part tu kita skip ok. Lalalalala.

Habis makan apa semua. Terus balik bilik. Alhamdulillah bilik walaupun takde aircond, tapi tetap sejuk macam ada 10 aircond. Hahahaha. Jenaka tak aku ni ? Haha. Bilik agak mahai la rm250/malam pada cuti umum raya cina ni. Tapi alhamdulillah, bilik besar jugak boleh muat 10 orang. Yang perempuan ok je. Yang lelaki aku taktau la. Aku tengok (masa pintu terbuka), diorang tidur peluk². Wakakaka. Aib tak ni aku cerita ? Tapi bagi aku, diorang ukhwah akrab sungguh². Tak malu pun peluk masa tidur. Nak kata gay, tak pun. Masing² ada gelfren. Lurus bendul pulak tu. Haha. Happy ada kawan² macam ni.

Selasa 9Feb2016

Bangun dari tidur, solat subuh, mandi² siap², kemas² sebab nak check out terus. Jalan dan otw balik. Dan sekali lagi, bebudak ni lambat. Ada yang nak pinjam berus gigi la, berus sabut la, berus jamban la. Macam. Ada yang nak pinjam seterika la. Hai...aku yang terawal siap dan keluar. Simple je aku ni. Sementara tunggu bebudak ni, snap² gambar dulu depan homestay. Cantik. Ada bunga² yang mekar walaupun tak wangi. Sejuk jugak tapi beransur panas. Cameron tak macam dulu nak oi. Dulu nak tanggal baju sejuk pun taknak, sekarang, rasa macam baju sejuk tak payah pakai pun takpe.

So, kitorang start perjalanan.
Bersarapan di Nasi Lemak Abang Stroberi. Aku tak nampak pun abangnya mana. Yang aku nampak bangla. Ke si abang tu adalah si bangla ? Aneyyyy, itu abang stelobeli muka sama itu shah rukh khan laa. Ayoyoyo..hahaha. Nasi lemak dan makanan kat situ, hmm mahaiiii bakhangg ! Tapi takla mahal sangat, tapi mahal la jugak. Hahaha.

Habis makan, ingat nak ke Tanah Rata. Mardi kat Tanah Rata kan. Sekali semuanya hancus. Sebab jem. Lepastu diorang beriya nak gi kat Ladang Teh Sg Palas tu. Aku ni bukan nak gebang la, tapi part ni terasa sikit. Sebab aku dah banyak kali pergi CH ni, so aku tau mana tempat best, mana tak. Bagi aku la. Dan mana dekat dan senang sampai lagi² bila jem terus macam ni. Aku cakap, gi Mardi la. Kat sana semua ada. Lagipun semua dah duduk kat depan BSN Tanah Rata. Just ke arah kiri sebab tak jem. Orang semua nak naik Brinchang sebab tu jem. Tapi dah nak sangat gi Sg Palas tu. Aku cakap, Sg Palas tu jauh lagi. Kalau nak, gi yang kat Cameron Valley tu kat Tanah Rata. Kat situ sedap sikit pemandangan. Lepastu tepi jalan je. Hampa je aku dok bincang dengan diorang. Last², ikutlah weh. Hah, sekali amek nok naik Brinchang duk dalam jem je dah dekat 2 jam. Makan minyak, makan brake, makan tenaga orang yang bawak kereta. Yang tak bawak kereta ni duk tidur je la. Keboringan. Huhuhu. Bagi geng² aku yang terbaca ni, aku minta maaf. Tak sudi tak luah kat grup, luah kat sini je la ek. Huhu. Jangan marah.

Akhirnya kitorang berhenti kat Strawberry Park. Yang ni nak cari parking kemain payah lagi. Sampai kat puncak baru dapat. Bau tayar, bau brake memang dah terbiasa dah. Nak termuntah pun ada. Tapi bila tengok pokok hijau, baru rasa tenang sikit. So berjalanlah dari puncak ke bawah. Yang ni takpe, menurun. Nanti part nak naik tu yang aku mikir banyak kali. Kurus². Hahahaha. Ok then, dah gi jelajah² apa semua, rasa terliur aiskrim strawberry. Dok tanya kat kedai cina ni, direct aku tanya halal tak ? Dia senyum, geleng. Bila dia terus geleng, aku terus tak jadi beli. Sebenarnya kalau dia tau aku maksud halal macam mana, mesti dia kata halal. Macam ni sebenarnya, kalau aku tanya halal tu maksudnya dalam bahan² buat aiskrim takde benda haram. Contoh, sebenarnya sama je orang Islam dan orang kafir buat aiskrim. Pati stroberi, gula, air. Tu je. Sama. Takde pun masukkan arak. Ke ada ? Takde aku rasa. Melainkan aiskrim yang susu² tu. Mesti ada gelatin. Dan gelatin mungkin gelatin babi. So bagi aku aiskrim diorang sama. Saje je tanya halal ke tak. Nak tengok dia jawab macam mana, dia faham ke tak. Dia cakap tak halal, bukan haram. Jadi pada pendapat aku, tak halal bagi dia ialah, takde tanda halal kat aiskrim. Dan mungkin dia pun faham, bila orang cina @ kafir buat sesuatu makanan, orang Islam tak boleh makan. Makanan tu kan dikira syubhah. Wallahualam. Haaa, sikitlah ilmu yang dapat dikongsi. Hehe.

Aku tercari lagi mana nak beli aiskrim. Sekali naik atas balik, jumpa la strawberry park punya dia jual. Rm1.20 satu. Yang jual abang bangla. Aku cakap, takde duit syiling la. Kedip mata sikit. Minta jadi rm1 je, dia senyum² bagi. Hahahaha. Maaf la, aku memang suka minta tawar menawar dengan senyuman. Dan hasilnya biasa berjaya. Tapi lepastu, ko kena la ucap terima kasih bebanyak. Bangla² jugak, dia pun manusia ada hati perasaan. Huhu. Habis makan aiskrim, naik ke atas balik nak cari jem dan pes air. Dapatlah sebotol satu. Lepastu beli coklat² strawberry. Konon² dari CH tempat dia la. Sebenarnya dia packaging balik. Aku kenal la sebab aku suka tengok coklat² ni. Kebanyakannya dia amek dari coklat jenama Beryl's. Sebab coklat jenama tempatan yang agak sedap bagi aku. Jadi, bolehlah nak merasa Beryl's walaupun pack acah² Strawberry Park punya. Haha.

Masa tengah duk sorang pilih kotak² coklat, ada sorang mamat ni (geng jugak) cakap, belanja la so. Amboi ! Dah minta camtu, lepastu terus menghilang pergi dengan senyuman yang amat poyo. Tapi kan, entah kenapa tetiba hati aku rasa something. Aku rasa macam something la sangat. Macam malu pun ada. Pelik la. Haha. Dan aku tak mikir banyak, terus pilih satu kotak coklat. Hajat nak bagi dia la. Eh eh ehhh, tak kenal lama, tapi dah boleh nak bagi kotak coklat. Ada apa dengan aku ni. Rasa nak tikam je hati ni banyak kali biar rasa sedar sikit. Tapi masa tu aku rasa macam entah la. Tidak dapat diterjemah oleh kata². Aih, cam panjang je part ni. Hahaha. Ok ok, skip !

Habis je beli, kitorang pun beransur balik. Yang mana petik strawberry sendiri tu, dengan pasangan, ehem, pun dah balik dan bayar apa semua. Masa nak naik gi parking ni aku menyesal beli barang banyak. Ceitt. Tapi masa ni mata aku melilau cari orang tu. Konon² nak bagi terus, tapi tak jadilah sebab takut kena bahan. Hahaha. Woii, apa ni cerita pasal ni lagi. Dah dah, skip cepat ! Hahahahahaha.

Perjalanan nak turun lalu Kg Raja, singgah pasar malam Brinchang. Pasar malam kat sini, petang² lagi dia dah buka. Memang terliur kalau pergi pasar kat sini. Macam² makanan ada. Tapi pada aku, simbolik CH ni makanan dia tak lain tak bukan, ubi keledek madu rebus. Panjang benor. Tapi serius, kalau pergi CH tak beli keledek madu ni, umpama ko tak pergi CH. Ewahh pepandai je aku ni. Selain keledek madu, buah limau madu pun wajib beli ! Sebab bagi aku kat CH je ada benda dua ni yang paling sedap. Kalau kat pasar pulak, makanan goreng dia, mestilah sayur goreng. Cendawan goreng, asparagus goreng. Tapi part ni sebenarnyalah kan, kena cari betul² yang sedap. Orang melayu kita ni jarang nak jual secara jujur bab makanan goreng ni. Ada setengah tu dia panas balik yang semalam, tu ada yang keras kekung tu. Ada pulak, tepung lagi banyak dari sayur. Aku tengoklah kan, orang cina biasanya jual yang sedap. Terliur sokmo. Tapi yelah, aku takut tepung yang dia guna tu bukan tepung biasa. Dan kalau tepung biasa pun, aku takut dah bercampur dengan daging babi. Atau minyak gorengan dia tu, ada tercampur nak goreng babi. Wallahualam. Bukan rasis, tapi sebagai muslim, was² terhadap orang kafir juga perlu. Walaupun dia memang tak jual kat kita pun, tapi napsu kita ni kita kena jaga. Tapi kalau part beli strawberi, aku memang beli kat auntie cina. Hahaha. Macam biasa tawar menawar dengan auntie cina ni memang awesome. Dia ramah, aku ramah. Diskaun dapat. Lalala. Siap dia tambah lagi beberapa biji kat aku punya bekas. Tenkiu auntie, will meet u again. Dont die first haa, i will come back. Hahahaha. Ok puas hati tak bila aku kata aku tak rasis. Hehe. Being a professional muslim la bruh. Baru chill. Cewah !

Habis membeli, kitorang solat jamak qasar di masjid Brinchang. Masjid ni dulu kecik je. Sekarang dia dah besarkan dalaman dia. Dulu kecik dalam, lapang luar. Sekarang luas dalam, luar agak sederhana kecik. Tapi tetap nampak lapang sebab pintu masjid sliding door dia dari kiri ke kanan berderet. So, memang nampak luas la. Huhu.

Selesai solat, kitorang bergerak perlahan terus menuju ke arah Kg Raja. Dekat Maghrib baru sampai Kg Raja. Kat Kg Raja barulah kurang sikit sesak. Ingat nak solat kat Masjid Kg Raja ni, tapi ada yang dah terlepas. Diorang kata terus turun solat kat masjid bawah. Jap aku lupa apa nama masjid tu. Tapi masjid tu memang penuh kabus. Putih tak nampak apa. Masjid tu agak sepi sikit dari orang. Cuma yang nak balik Kelantan dari jauh atau dari Cameron je yang singgah. Aku rasa, masjid tu takde tukang kebun pun. Sebab tempat ambil wuduk dia tak bercuci. Penuh dengan sayap binatang. Kotor. Lepastu tempat ambil wuduk kat luar. Hmm, minta tolong lah JAIK pantau masjid tu. Sebab masjid tu masjid mukim tu. Jangan lepas tangan je mentang² masjid tu kat luar bandar, jauh dari masyarakat. Bersawang jangan cakap la. Huhu.

Habis solat, terus otw balik. Aku tertidur sebab penat. Sampai² dah dekat rumah si Mekni. Mak dia dah masak mi dah. Pukul 12, makan lagi. Hahaha. Part kat rumah Mekni ni aku kelakar dengan si Syahmi je la. Almaklumlah, bapak si Aini tu garang, cikgu. Takde topik, buat² tanya pasal kereta antik ayah aini. Hahaha. Lepastu diam. Bebudak ni pun berborak sendiri². Hailahh, kena belajar komunikasi lagi dengan orang tua, ramah dengan orang tua. Kuat mapuh jah bebudok nih. Gereyy weh !

Nak pukul 1, kitorang beransur balik. Yang ni, si cip bawak kereta. Haha. Selalu sarjen bawak kereta, memang sangat² ikut etika pemanduan. Bila cip bawak kereta, pemanduan macam di litar lumba. Wakakakaka. Aku terus tak boleh nak lelap. Istighfar banyak dalam hati. Haha. Tak sampai setengah jam, dan sampai Mulong dari Manik Urai. Hahaha. Lajunamati. Alhamdulillah selamat.

Naik rumah mandi² tidur terus.

Berakhirlah cerita bekpek trip with geng ke Melaka-Selangor-Janda Baik-Cameron dengan bertunggangkan Wira, Alza, Kenari dan Kancil. Kancil ? Ye, Kancil si Syahmi. Si kancil ni, mula² tuan dia tak nak bawak, takut kena tinggallah, lambat la, malu la. Then bebudak ni nak sewa van lagi. Sewa RM600 sehari. Mahalgilenamati. Tu tak termasuk minyak. Yang si Aini mula takde mood nak pergi. Ada la sikit out of control kat situ diorang ni. Last², cip settle masalah. Boleh je rupanya cakap slow². Yang penting believe each other. Dan alhamdulilah, sepanjang trip berjalan, kereta semua ok takde masalah. Syukur sangat.

Now, aku tulis post ni bertarikh 20/6 dan dah dekat 5 bulan dah pun semua itu berlalu. Tapi aku still ingat semuanya. Betullah, sahabat itu dapat kita lihat keikhlasannya bila susah senang bersama. No matter, masa trip ni semuanya boleh dilihat. Yang happy, yang chill, yang panas, yang cool, yang innoncent, yang rasa bersalah, yang terlajak ekcited, yang kalut, yang boleh redhakan masalah, yang suka cari masalah, yang senang memaafkan, yang cepat penat, yang degil, yang macam² lagi la. Semuanya terpaksa terima kekurangan. Selama 5 hari, pagi petang siang malam, rasa suka jadi benci, rasa benci bertukar risau, dari risau bertukar sayang. No matter i would said, i've been found this all guys and do be my friend. Lantaklah diorang nak jadikan aku kawan ke, musuh ke. Tapi, aku dah suka nak habiskan mana² trip dengan diorang.

Love u'alls my friend...
Miss you. Till we meet again.

Ma'assalamah Wa Ilalliqa'
*gambar akan di update